Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
kehilangan
Friday, July 11, 2014 • 7:33 AM • 0 comments



Assalamualaikum

dah lama tak update kan? sorry aku busy dengan PT3 sebut pasal PT3 aku ada cerita untuk deceritakan..

pagi khamis aku dapat rasakan satu suasana yang berbeza dekat SMKA (P) ALMASHOOR satu suasana yang lain yang aku sendiri tak pasti kenapa tapi pagi tu nampak suram. Macam biasa aku akan naik kelas pastu turun balik untuk tadarus then lepas tadarus naik kelas. Masa pertama cikgu Rozana ambik sebab kami nak buat PT3 geografi lepas tu dalam pukul 7 nak dekat 8 ada satu penguguman untuk semua warga sekolah dan pengunguman tu dibuat secara mengejut dan dalam nada yang sedih. kami semua disuruh turun untuk membaca yasin tapi sebelum turun aku dapat rasakan yang kami akan kehilangan seseorang salah satu daripada cikgu kami pastu aku terus tanya cikgu Rozana "cikgu Fuziah dah tak da ka cikgu.?" pastu cikgu kata YA.. hanya allah ja yang tahu perasaan kami macam mana walaupun cikgu mengajar kami tapi cikgu adalah warden kami. cikgu meninggal disebabkan kenser rahim. aku pernah bersembang buat kali pertama dan kali terakhir dengan cikgu tahun lepas dekat meja batu. aku ingat lagi suasana pada masa tu nyaman, tenang dan sunyi. cikgu jugalah yang selalu gerak kami bangun sahur, gerak bangun subuh , solat maghrib berjemaah , kadang-kadang cikgu jadi imam isyak , cikgu dengar tazkirah dan kadang-kadang cikgu yang bagi tazkirah dan cikgu akan hantar kami dekat hospital kalau kami sakit tak kira cikgu sibuk atau tak. tak silap aku batch aku baru nak melawat cikgu dan nak minta maaf tapi cikgu dah pergi...

Cikgu
dah tak da sapa nak gerak kami bangun sahur
dah tak da sapa nak gerak kami waktu subuh
dah tak da sapa nak berjemaah dengan kami
dah tak da sapa yang sayang kami macam mana cikgu sayang kami.

walaupun batch 99 selalu kena marah dengan cikgu tapi kami semua tau benda yang cikgu marah kami tu untuk kebaikan diri kami sendiri...

Al- Fatihah untuk Cikgu Fuziah Yusuf



0 Comments:

Post a Comment


|