Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
tongue-tied
Saturday, October 25, 2014 • 7:21 AM • 1 comments



Assalamualaikum

apabila mulut tidak mampu berbicara , hati mengambil tempat. tak tahu nak describe macam mana perasaan sekarang ni. aku rasa teruk sangat.


aku rasa aku anak yang teruk
aku rasa aku kawan yang teruk
aku rasa aku junior/senior yang teruk
aku rasa aku naqibah yang teruk
aku rasa aku ketua kelas yang sangat teruk
aku rasa aku pelajar yang paling teruk dalam math*lemah*
aku rasa aku hamba allah yang sangat teruk,hina dan kerdil

 aku rasa aku anak yang teruk sebab aku takut aku tak mampu nak bagi dekat mak ayah aku result yang elok dan aku takut aku kecewakan hati diaorang dan aku rasa aku bukan anak yang baik sebab aku selalu buat jahat tapi tak la jahat sangat tapi boleh dikatakan aku tak dengar cakap and many time i lie to them

aku rasa aku kawan yang teruk sebab aku tak pandai nak pujuk-pujuk bagai bila kawan aku sedih atupun jaga kawan aku yang sakit (aku stay hostel sometime kawan aku sakit). ada sorang kawan aku ni aku tak tau macam mana nak explain tapi aku tau dia macam mana. aku tau bila dia akan marah, menagis,murung, seronok dan aku tau sebab apa dan aku rapat dengan dia since form 1 dan kami memang rapat. tapi aku pandai nak tenangkan dia bila marah atau murung dan aku tak pandai layan dia bila dia dalam mood nak manja-manja. aku akan biar dia sorang-sorang sebab aku tau mesti akan ada orang yang akan pujuk dia atau apa-apa je la. dan aku rasa aku kawan yang teruk bila kawan aku tengking aku depan orang ramai dan aku rasa macam teruk sangat ka aku ni dan rasa malu. kawan aku tu tau macam mana diri aku. aku just sentap dan let it go dan esok gelak-gelak dengan dia. aku susah nak merajuk tapi once aku merajuk paling lama la 3 bulan bukan 3 hari.


aku rasa aku junior yang teruk sebab aku selalu cari pasal dengan senior form5. aku rasa macam aku tak respect diaorang tapi aku respect sebenarnya mungkin aku tak bagi salam tapi aku tunduk bila lalu sebelah senior. walaupun kami merungut atau mengutuk tapi kami buat apa yang disuruh .aku cuma cakap apa yang aku rasa sebab form aku selalu kena bash dekat hostel. gila. apa perasaan bila kita buat baik dan orang tu buat sebaliknya dan apa perasaan bila kena tuduh benda yang kita tak buat. diaorang buat. kami rasa macam kami ni useless dekat hostel macam kami ni tak boleh diharap. kami dah form3. penat hidup bila bukan kena bash dengan senior ja dengan junior form1 pun kena bash. form1 pun macam hilang respect dekat kami. stresss. ada senior kata yang senior dulu-dulu kata apa yang kami buat kat diaorang akan kena balik dekat kami dan lagi teruk. tapi aku takkan cakap macam tu dekat junior sebab aku nak hentikan karma! bila kita cakap seumpama kita mendoakan walaupun benda tu betul tapi cuba ubah!

aku rasa aku naqibah yang teruk sebab dekat sekolah kami akan tadarus ikut usrah tapi usrah aku kadang-kadang tak tadarus sebab kami berusrah sebab kalau tunggu usrah sugra alamatnya hmmm. so bila aku bagi tazkirah sikit muka adik-adik usrah aku macam tak berminat macam aku ni boring sangat lepastu bila aku ajak main game muka macam nak tak nak ja. terasa hati sikit. tapi aku try untuk positive kan diri aku yang mungkin adik-adik usrah aku tu tak selesa dengan aku. bila time tadarus aku try nak tegur tajwid tapi suara makin lama makin perlahan. tapi salah aku juga ilmu tajwid makin lama makin hilang. tapi nasib baik ada mazziatul penolong naqibah :)

ok. baru tahun ni aku jadi ketua kelas. aku rasa teruk sangat sebab aku rasa aku tak reti nak handle budak-budak kelas aku. bila aku tegur mula lah buat muka. gila tak marah. kelas macam tongkang pecah kot. takda rasa tanggungjawab langsung dalam diri masing-masing untuk bersihkan kelas. setiap orang ada perangai lain-lain. geram. sampai satu tahap tu aku rasa malas nak buat apa-apa sebab aku tengak diaorang pun malas. apa perasaan kalau buat kerja sesorang lepastu yang lain seronok bergelak tawa dan buat homework. shit. aku pun ada homework tapi aku still kemas kelas sikit-sikit then apa perasaan bila orang tanya kerja yang cikgu bagi siap ke belum lepastu suruh buat yang penting dulu dan lepastu baru sambung balik. k fine. aku buat dan siap lepastu aku sambung kemas kelas dan apa perasaan bila tengak orang  yang cakap tu sembang-sembang seronok bergelak tawa dan tak buat apa-apa. pandai cakap tapi... dan apa perasaan kalau orang tanya hang sapa nak suruh-suruh bagai walhal hg ketua.? lastly aku rasa aku tak layak nak jadi pemimpin kalau aku tak mampu nak lead kelas aku.

aku rasa aku pelajar yang teruk especially math. math dari dulu lagi tapi makin teruk tapi aku hope result math aku untuk pt3 ok. aminnn.aku rasa teruk sebab aku rasa macam 3 tahun jadi budak sekolah menegah ni aku rasa macam ilmu masuk then keluar. aku suka subjek sejarah tapi A baru sekali ja selalu dapat 77 78 75. aku sedar aku banyak main banyak berkhayal sometime dan qialullah.hahaha. aku doa dan tolong doakan dan marilah sama-sama doa bagi batch 99*keling* yang result kita akan gempak sebab cemerlang. aminn.

kali ni bukan rasa tapi betul. sebagai hambanya aku kadang-kadang mendekati kemungkaran.yang ni aku tak tahu nak describe macam mana sebab entahlaaaa..~~~

aku minta maaf kalau aku banyak melalut ataupun apa-apa je lha~~


p/s : quote tu betul :)


1 Comments:

Blogger AishEob said...

Be strong Amani. There will be a day when we are at the bottom and there will also a day when we are at the top. Seek for me if you need any help, ears and shoulders to lend on and somes inspire words. Insyaallah, I'll try to help and do the best that I can. Chingu-ya! Fighting! ;)

October 26, 2014 at 12:54 AM  

Post a Comment


|