Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
Tenggelamnya kapal Van der Wijck
Thursday, December 15, 2016 • 12:33 AM • 0 comments



Assalamualaikum,

selama cuti setakat ni ana dah cuba cari kerja tapi mungkin bukan rezeki ana so ana mengahabiskan cuti ni dengan qada' semula k-drama dan movie yang ana nak tengok. antara movie yang ana nak sangat nak tengok adalah hasil karya agung Haji Abdul Malik Karim Amrullah ( HAMKA)

ana nak sangat tengok movie ni sebab kalau tak silap dalam buku teks QS ada.

mostly ana ingat cerita ni cerita melayu tapi indonesia tapi takpala kita kan serumpun. pastu ana macam takda feel sikit sebab cerita tu tersekat sekat maklumla tengok dekat internet ja. kalau tak tersekat-sekat rasa dah menangis dah. hahaha

then ana taknak describe plot cerita tu  tapi ana nak cerita dari pov ana sendiri.

cerita tu menggambarkan tentang budaya dan adat resam minangkabau dan kesan penjajahan Belanda. kalau kita lihat keluarga khadijah terpengaruh dengan budaya barat. cara pemakain dan hidup jauh berbeza dari budaya asal mereka. dan apabila penjajah dapat mengubah adat mereka maka pegangan agama mereka makin lemah. Aziz abang kepada khadijah yang sebenarnya berjudi dan minum arak sebab sangat terpengaruh dengan budaya barat. Hayati yang merupakan watak utama dan kawan kepada khadijah juga senang terpengaruh bila khadijah menyuruh dia tukar pakain. and at that time i was like jangan hayati. tapi still dia ikut.

apa yang ana nak kata kat sini penjajah bukan sahaja berjaya menjajah negara tetapi mereka berjaya mengubah agama dan adat resam kita. bila kita takda jati diri yang teguh maka senang perkara yang tak diingini berlaku.

watak utama zainuddin sendiri mengajar ana satu benda. memang dalam konteks islam itu sendiri kita diajar dan disuruh untuk berpegang teguh pada al-quran dan sunnah dan menuntut ilmu juga amat dituntut dalam islam kerana ilmu ada pelita cahaya. tanpa ilmu kita akan hidup dalam kegegalapan iaitu kejahilan. pada awalnya zainuddin pergi mencari ilmu agama dan ilmu yang lain juga dan dia sangat berpegang teguh padanya. dia sangat baik. i want to cry why must hayati do that to him?

walaupun watak hayati ana rasa macam kejam tapi dia ajar ana satu benda jugak kita sebagai seorang wanita jangan terlalu bergantung kepada lelaki sebab kalau jadi apa-apa dekat lelaki tu kita boleh survive. please jangan terlalu percaya akan kata-kata manis seorang lelaki bukan apa takut dipermainkan.

benda yang paling penting yang ana dapat antara kisah cintai zainuddin dan hayati memang kejam sebab hayati tinggalkan zainuddin. zainuddin terlantar sakit sebab hayati. dia kahwin dengan aziz. sedih part tu. tapi dia bangkit dan mulakan hidup baru. dengan bakat yang dia ada dia jadikan kisah cinta yang pahit itu sebagai batu loncatan untuk dia berjaya. akhirnya dia berjaya dalam bidang penulisan. dia ada rumah yang besar dan selalu tolong orang. dia juga sangat berpegang pada janji. dia dan abang muluk sentiasa bersama walaupun dia dah berjaya tapi dia tetap bersama abang muluk. waktu aziz dan hayati muncul minta pertolongan pon dia layang dengan baik dan tak balas dendam. pada waktu tu ana be like padan muka hayati sapa suruh tinggal zainuddin lagi.

and part yang last tak tau nak kata tindakan zainuddin tu kejam ke tak bila dia hantar hayati balik kampung tu. kalau ana jadi abang muluk tu pun ana akan sorok dulu si hayati tu sebab ana tau sebenarnya zainuddin tu masih mencintai hayati.

and lastly hayati pergi masa dekat hospital and i was crying so badly bukan sebab hayati tapi sebab zainuddin. kesian sangat, walaupun dia berjaya tapi hidup dia sedih teringatkan si hayati "permataku yang hilang". who knows disebalik kejayaan seseorang tersembunyi derita yang sangat perit.


oh lupa ana suka sangat cara cakap dalam cerita sangat lembut dan sopan. bahasa yang digunakan sangat indah bagi ana so antunna semua tengok la movie ni best sangat.





0 Comments:

Post a Comment


|