Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
movies
Friday, February 3, 2017 • 10:38 PM • 0 comments



Assalamualaikum,

basically ingat lepas habis sekolah ni boleh la buat semua benda yang ana nak tapi bila banyak sangat nak buat so satu apa pun tak jadi.

contohnya macam konon nak update blog la kan em tu pun jarang maklumla semua benda macam ikut mood sekejap rasa nak buat diy sekejap rasa nak menjahit sekejap nak tegok kdrama kmovie hahahaha

ingat nak post review pasal kdrama yang ana tengok tapi em mesti semua dah tengok kan rasa macam tak best pulak so harini ana nak review pasal kmovie yang ana tengok. ana seorang yang suka tengok movie yang sedih-sedih sebab rasa puas gila menangis dan kadang-kadang scene movie tu macam ada relate dengan life ana so tu yang nangis tu. ana tak suka tengok cerita hantu kalau nak tengok pun waktu tengahari ka petang ka tapi bukan malam la. ana pelik kenapa nak tengok cerita hantu kalau dah tau diri tu takut pastu lepas tengok nanti mula la takut nak pi toilet la susah nak tidur la. sapa suruh cari pasal sendiri. tapi apa pun setiap orang pasti ada taste masing-masing kan.

mostly movie yang sedih-sedih ni pasal cinta frienship and family. ana suka tengok movie korea sebab tak banyak adegan yang tak senonoh kalau ada pon tak banyak sangat em paham tak?

cara ana tulis macam banyak ja movie yang ana tengok kan sebenarnya tak pun hahahaha lepas spm ana marathon semua kdrama yang ana nak tengok so sementara nak tunggu kdrama yang seterusnya ana tengok la movie. semua movie yang ana tengok dekat myasiantv atau dekat kiss asian. so kalau nak tengok any kdrama or movie boleh pergi cari kat dua tempat tu okay.

1) My annoying brother


first ana tengok benda ni sebab adik ana yang tengok macam best ja. lagipun DO exo berlakon lagi la nak tengok hahahaha tapi ana tak minat okay. so basically cerita dia pasal hubungan adik beradik. si abang jo jung suk ni sebenarnya dia guna nama adik dia ja nak keluaq dari penjara. dia mula-mula  memang jadi abang yang jahat la tapi at the end dia baik.si do ni pulak buta tapi buta sebab perlawan judo. sumpah hensem.hahahaha okay. biasala bila dah nak rapat dan do dah mula balik dengan judo si abang ni sebenarnya sakit cancer. sedihh. pastu dekat sini bukan cerita pasal hubungan adik beradik ja tapi cerita pasal friendship yang mana abang dia dengan someone laki ni ana tak ingat nama dia apa tapi at first depa jumpa gaduh sebab rokok je pun tapi at last laki tu juga ada dengan abang tu sampai dia mati. then park shinhye berlakon juga dalam cerita ni. okay gais tengok tau cerita ni download ka apa ka then tengok dengan family okay 

2) Pure love/ Unforgertable


mula-mula ana tengok poster cerita ni gambar do dengan kim sohyun so ana ingat ni cerita cinta la. ana malas nak baca summery movie ni so ana buat summery sendiri la kan then masa tengok cerita ni ana duduk dalam bilik gelap sorang-sorang nak feel la konon kan. so cerita ni mostly cerita pasal friendship dan ada la kisah cinta sikit. tapi sebab friendship depa sorok rasa tu. kim sohyun dalam ni kaki dia ada problem so semua kawan-kawan dia take care gilalah dekat dia time ni rasa bila la ana nak ada kawan-kawan macam ni. hahahaha then yang part sedih bila kim sohyun mati. sedih sangat. sedih bukan sebab dia mati tapi sedih sebab kawan-kawan dia yang sayang dia sangat. ok gais ana suggest tengok movie ni dengan kengkawan yang minat korea juga bukan apa sebab ada sesetengah orang ni dengar orang ajak tengok kdrama ka kmovie ka takmau. so kalau tengok dengan kawan-kawan mesti feeling gila. tapi kalau ana lebih suka tengok sorang-sorang sebab baru puas nangis hahaaha

3) Always

ana tengok cerita ni sebab tengok poster ni la. hahahhaa macam cerita sedih gila. tapi masa tengok taktau pasaipa ana takda mood nak menagis nak sedih macam biasa ja tengok movie ni. tapi sedih jugak la pasai lelaki tu boxer perempuan tu buta. sebenarnya laki ni dulu berhenti jadi boxer dan jadi orang jahat tapi insaf then jumpa perempuan ni masa dia tengah kerja. lama-lama dia jatuh cinta dengan perempuan tu. perempuan tu pun rasa benda yang sama. konflik cerita ni bila lelaki ni penyebab perempuan ni buta sebenarnya dan bila dia bayar kos pembedahan mata perempuan ni. taknak cerita banyak hahahaha tapi cerita ni happy ending la

4) Alice: boy in the wonderland
okay gais ni movie last hahaha sementara yang lain tengah download. ana nak tengok cerita ni sebab nak tengok kot celah mana yang alice dengan yang wonderland tu. tajuk macam best tapi tengok poster macam creepy then baca summery tak berapa nak faham sangat at the end sebab rasa curious sangat tengok je la. mula-mula tu boring la tapi bila dah sampai klimaks dengan ending dia sedih sangat. ada cita hantu-hantu sikit. plot cerita ni best sangat langsung tak hero dia tu sapa sebenarnya.

so gais kalau tengah sedih ka frust ka ataupun bosan tak tau nak buat apa boleh la tengok movie ni. 






0 Comments:

Post a Comment


|