Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
KMPK
Friday, June 30, 2017 • 11:28 AM • 0 comments



Assalamualaikum,

selamat hari raya gais. alhamdulillah akhirnya ada jugak mood nak update serious lama dah kot taram nak update lagi pun ada sorang ni beriaa nak ana update blog hahahahaha.

so most of all ana sekarang sambung belajar dekat matrik perak. some of you gais mesti macam hairan kan macam mana la ana boleh sambung matrik kata tak minat la tak suka la subjek sains. ya ya ana memang tak suka. ana nak sambung law tapi tula lambat sangat insaf result tak seberapa memang tak la nak dapat kos yang ana idamkan. why didn't i choose stpm? sebenarnya memang nak pun mak ana pun support ana tapi bukan ayah ana la. ayah ana tak paham pasal sistem stpm ni eventho mak ana dah berapa kali explain tak paham paham jugak. ana penat la. tak suka. ana dapat upu. ana dapat kos yang ana suka. dia baru nak suka macam nak try. kos pengurusan hotel. since haritu duduk hotel so macam terus terdetik nak kerja kat hotel. and again mak ayah tak setuju. ana malas la nak argue nak bising- bising so ana pon tolak la upu tu. ambik la matrik ni.

serious masa letak nak matrik mana tak pikir nak sekali dengan kawan-kawan. macam saja letak perak sebab ya la nak jugak berbakti dekat negeri sendiri. acewahh. IC 08 tapi rasa macam budak penang pulak. mana la nak tau boleh dapat kan sebab rasa macam tak layak dah. ana letak matrik perak ni first choice kot. ha sekali ambik hg nak sangat kan. ana dapat matrik perak. bila check kawan-kawan sekolah yang mana dapat matrik semua dapat matrik penang. and i was like im alone again.

tadika ana sorang jauh dari teluk bahang pi tanjung bungah. naik darjah satu sk teluk bahang ana keseorangan jugak sebab kawan tadika semua  budak tanjung bungah. naik form 1 pun takda kawan jugak sebab ana sorang ja yang dapat mashoor perempuan. tudia la pi matrik pun sorang-sorang.

ana rasa takut at first yalah surrounding dah beza kot. takda kawan.takut dipinggirkan. biasala.

but at the same time ana rasa bersyukur sangat sebab ni adalah satu permulaan bagi ana untuk jadi lebih baik. dekat sini takda sapa nak bezakan ana yang dulu dengan sekarang. takda nak cerita yang memalukan bagai. takda nak gaduh kawan baru dengan kawan lama. ala perempuan small matter pun nak gaduh biasala hahahahaha. paling penting senang ana nak gerak. ana bukan suka sangat nak tunggu tunggu orang ni. kalau ana tunggu nak pi mana pun kena berdua kira orang tu bertuah la.hahahahaha bukan apa nak buat benda jahat senang kalau sorang-sorang takda sapa perasan.

but still i do miss 5 Abqar.

alhamdulillah ana dapat roomates yang sentiasa melayan gila gila ana dalam bilik. depa macam first time jumpa orang macam ni. depa tak jumpa lagi yang lain.baru duduk sekali dalam 3 minggu dah buat benda yang memalukan dekat public. hahahahaha. tapi cakap pasal bilik ni ya allah dugaan tandas sangat la jauh. lagi jauh dari kamar ridzuan ke tandas asrama lama. budak budak kamar saadah paham la macam mana kan hahahah. tapi nasib baik ayaq dia boekk. sejuk. nyaman. memang lepas mandi jadi fresh terus maklumla atas bukit. nasib bulan puasa iman kuat sikit kalau tak ana teguk dh ayaq dalam shower tu.

classmates. ana ingat ana akan culture shock iyalah sekolah semua perempuan kan dulu. ingat bila dalam kelas tu boleh la duduk diam. sopan ayu gitu. takda pasal. ana tetap jadi diri sendiri. lagipun ada 6 orang ja lelaki lagi 22 orang perempuan so ana tak rasa apa sangat. 

ana baru join pemilihan kakom petanque so wish me lucks okay gais. ana dah tak tau nak cerita apa dah. mohon la mood update blog selalu datang.




0 Comments:

Post a Comment