Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
finally 18
Monday, November 20, 2017 • 7:20 AM • 0 comments



Assalamualaikum,

191199,

pada tarikh itu ana dilahirkan. dan ana tak tahu apa yang buatkan ana excited nak sambut untuk tahun ni siap buat counting days lagi dekat story ig.



mungkin la sebab dah naik 18 dah cukup umur dan kebetulan baru habis final. dan mungkin juga salah satu faktor ana beriya sebab ana ada dekat matrik dengan orang baru. what i mean is ana ada kawan baru family baru kat sini. suasana baru la katakan. poyo kan

one thing you need to know about me is bagi ana kita satu matrik duduk bawah bumbung yang sama kita kawan.kita semua kawan.

before ana start cerita ana nak bagitau dulu yang kem dai'e yang ana join under yadim tu tak habis dekat situ ja tau. kami kena bina organisasi tu dekat kmpk maksudnya kami ni kira bawah yadim la. so kami ada majlis tertinggi sahabat yadim dekat kmpk dan ana one of mt tu. ana beshe beshe ja.

so bila dah ada group tu kami jadi rapat. syok weh sumpah syok. kami iftar sekali kadang kadang buat usrah then makan ramai ramai.paling syok bila ada orang belanja la ahahaha gurau gurau.

ni kali pertama iftar sekali.
ada sekali tu time usrah ada someone ni kata 
"perasan tak kita ni dah macam keluarga?" 
ya ana rasa benda tu. ana pegang kata-kata tu dah sebab ana rasa benda tu. depa kadang-kadang layan ana macam budak kecik pulak.

disebabkan benda tu la ana ajak iftar sama-sama hari khamis plus ana dah bagitau dari semalam kot. at first tu gaya macam ramai ja yang nak join so ana order la pizza nasib order satu kot kot tak jadi kan dengan sikit ja orang join.

betul la tekaan ana. tiba-tiba last last minit cancel. ya allah betapa sakitnya hati ni. dia macam frust do. ingat senang nak belanja makan. ya ya salah ana jugak sebab ana tak bagitau depa yang ana beli pizza tapi niat ana memang nak buat surprise pun. kalau dah surprise mana boleh habaq. kang kena beli banyak aahahahah. lagipun ana nak tengok berapa ramai yang nak turun.last last takda sapa bhaii.

ana beli pizza tu sebab ingat nak celebrate birthday yang nak dekat dah dengan depa sama sama sebab dah kata macam family kan?

dan yang kata cancel dalam group tu yang someone tu la.

pagi esok tu jumaat. ana bagitau semua apa yang ana rasa. sungguh waktu tu ana rasa macam ana naif gila sebab ana percaya yang ukhwah kat kem dulu sama sampai sekarang. then dia cakap ah sorry pa semua and i was okay at that time sebab ana kalau rasa sedih ka kecewa ka marah ka lepas tidur tak ingat apa dah. so when i wake up i have a beautiful morning. serious ana manusia jenis itu.

haritu tu jugak ana keluar pergi jalan-jalan ipoh makan nasi ganja yang sumpah sedap gila.hampa kalau mai ipoh wajib pi. pastu balik kolej tu bateri fon memang habis ah kosong terus. then pukul 6 petang baru bukak fon balik. farah huda ilya asked me the same thing hahahahahaha. depa ni one of mt sy la. depa tanya nak makan sekali ka tak.ana bab makan ana laju. 

bila nak pi kafe B tu nampak syamiel dengan syazman dahla dua dua tu serba serbi putih dekat kedai kek.pastu bila ana tegur buat tak tau pulak. ana okay. pastu time makan makan tu macam makan kat kedai mamak. sembang dia fuhhh yalah esok tu ana nak balik dah.tak jumpa depa dah.

tiba-tiba ilya cakap dia nak cakap something tapi dekat kafe C sebab nak lebih privacy. then sampai kafe C time tu ada dayana ilya farah huda cakap sorry sebab tak join semalam. 

ana okay ja bagi ana kalau buat salah ana lebih prefer perbuatan atau tindakan yang menunjukkan seseorang itu minta maaf dari sebut ja.paham tak. dan lepas tu anggap ja salah faham before this tak pernah berlaku.

okay sambung.

tetiba masuk syazman dengan syamiel. kecoh. okay depa cancel iftar khamis tu sebab ana sorang ja yang perempuan so macam bila difikirkan mesti la ana malu kan. so sebab tu la depa cancel.

dan

HAPPY BIRTHDAY TO YOU~~~

okay at that moment i was totally speechless. sebab first time orang prank ada kek siap yang ada api api tu.hahahahahaha.



ya allah ana sumpah terharu ada sahabat sahabat macam ni dan terima kasih gais plan semua ni sanggup korbankan masa hampa untuk ni. especially ilya sebab sanggup datang kelas lambat sebab nak sambut sama-sama. betullah apa yang ana percaya selama ni.ana percaya yang seandainya kita bersahabat atau berukhwah keranaNYA nescaya kita akan merasa nikmat persahabatan itu dan persahabatan itu akan lebih merapatkan diri kita kepada sang pencipta. erm rasa macam nak cakap banyak tadi terlupa pulak. hewhewhew








ana cuma doa satu ja ana cuma harap ukhwah kita terus padu dan moga apa yang kita rancang sem depan kita dapat realisasikan bersama uwauuu. hahahaha. next sem kita prank orang lain pulak okay?

 me be like mana depa tau aku suka makan ni hahahahahhaa




0 Comments:

Post a Comment


|