Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
KDMM
Sunday, November 19, 2017 • 7:47 AM • 0 comments



assalamualaikum gais,

fuuhhhh semangat bhai nak update blog. bukan senang nak dapat mood ni.

jap jap tengah fikir apa yang menarik sangat KDMM ni. okay so first of all KDMM ni stand for KEM DAI'E MUDA MALAYSIA. dengar nama kem pun mesti macam uwauuuu kem dai'e. believe me that  i told my lecturer yang ana join ni and until now she keep calling me dai'e.

lets start macam ana boleh join kem ni. semua mesti ada cerita hahahahahaha.

cerita dia macam ni nama ana takda dalam list asal pun untuk pergi kem ni tapi disebabkan tak ramai yang nak pi group biro ana offer. dan masa tu ana macam alhamdulillah ana join biro ni dapat jugak ana merasa pi kolej lain. bila depa tanya dalam group sapa yang sukarela nak pi ana be like nakkk nakk like always la without knowing yang kem tu apa benda and YADIM tu stand for what.ana tak ambik tahu pun yang ana tau ana dapat pi kolej lain.ana akan dapat kawan baru dapat pengalaman baru.

dan masa kem tu pulak kebetulan tengah cuti 3 hari kot dan ana memang plan taknak balik rumah nak spend time cuti dekat kolej nak study kononya lah kan tapi diri sendiri yang offer nak pergi kem. dalam hati tu ada sedikit la rasa menyesal tu.ahahahaha

okay then kan tadi ana ada bagitau atas tu yang ana ada bagitau dekat lecturer ana. she asked me tau tak yadim tu apa? and i was like tak tahu madam kenapa yadim tu apa? yadim tu stand for YAYASAN AGAMA DAKWAH ISLAM MALAYSIA.  ana macam habis la aku sebab masuk kem yang islamik tapi pada masa yang sama ana macam ni mesti aku boleh pegang mic cakap dekat depan macam selalu. yes i loveeee microphone so much. arghh betapa rindunya ana nak cakap dekat depan

ana positifkan diri ana.

sebenarnya dalam diam hati ana sangat merindukan biah ismiyah tu.
ana rindu nak dengar tazkirah
ana rindu usrah kubra & sugra
ana rindu nak baca doa rabithah ramai ramai pegang tangan
ana rindu jemaah

ana rindu nak rasa ukhwah macam dulu. untuk yang ni ana explain sikit takut ada yang terasa. okay duduk matrik setahun tak sampai setahun pun sebenarnya dan ana masih takut nak buka diri ana dekat orang lain. lepas apa yang jadi dulu ana lebih berhati-hati. tau tak rasa dia macam mana ana pernah nangis masa tengah riadah dengan kawan-kawan ana dekat asrama lama sebab masa tu depa pasal lagu doa iman. bila ana rindu ana tutup mata dan bayangkan semua tu. rasa dia rasa manis tu lain.petang petang lepas habis kelas lepak lu surau pastu baring atas riba kawan junior senior rasa dia lain do. lepas maghrib pun. fuhh rasa nak menitik ayaq mata.

dah dah

sumpah ana rindu semua tu sebab yang dulu takkan sama macam sekarang

okay sampai sampai kms i was like lapangnya sebab kmpk berbukit kan.

nak cita panjang ka pendek? panjang la hehehehe.
okay then masuk dalam dkb tu masing masing macam awkward ofc kami yang satu kolej pun baru start kenal kat sana.macam oh dekni wujud rupanya kat sini. okay day 1 obviously semua kem akan buat ice breaking kan.salah ana sebab kem ni beshe beshe. kena buat video bhai. kena tangkap gambar buat poster bagai. paling tak sangka jumpa senior sekolah kat situ.

paling ana ingat day first tu ada satu check point tu kena buat pickup line aduhhhh time tu ana bagi idea ana juga kena buat.sumpah malu. ana pun manusia jugak mestila ana malu selalu muka tembok ja kan. nasib dia balas paduu.

okay then malam tu dapat tajuk kena present  pulak. nasib dapat tajuk senang dan masa tengah discuss tu sumpah mengantuk time tu baru pukul 10. ana patut masuk tido kot time tu. pastu depa bincang kata 2 orang ja yang kena present so ana macam ana takmau. lepas habis semua tu faci panggil berkumpul depa tanya sapa nak jadi dato(penghulu) dengan datin(penghuluwati) ofc ana angkat tangan. ana takmau menyesal macam kem haritu. dah penat tau malam tu then cikgu taufiq panggil one of the facii  kata suruh gerak depa bangun qiam. i was like baru ingat nak bangun pagi nak curi masa nak study sebab habis ja cuti terus quiz. ana okay hahahaha.pastu kak syafiqa pulak panggil suruh jadi mc untuk forum masa subuh.alahaiii. ana ni mana nak reti kalau nak buat lawak sangat pagi pagi kot.

pagi tu berjalan dengan lancar walaupun ana banyak sangat tersasul almaklumla sekolah dulu perempuan tak beshe panggil anta ataupun saudara.okay start hari kedua hubungan kami jadi rapat sumpah best cuma part kena buat jambatan ja tak best.hambar sikit. petang tu kami main belon ayaq.

ahhhh dah malass.

okay part main belon ayaq ni best. okay faci bagi satu tali then dia suruh semua orang kena ada dalam tali tu termasuk kerusi.okay so yang kami ni pun pi ikat jari dekat tali tu.ahahahahahaha kami ingat faci main main then kami salah.bila semua orang dah nak habis ikat kami baru terhegeh-hegeh nak ikat benda alah tu. dahla kena masukkan kerusi sekali.so ana dengan lagi dua orang berdiri atas kerusi sorang duduk bawah kerusi yang lain semua keliling kerusi.harap boleh bayang ah. tiba tiba faci suruh angkat kerusi tu weh.gilala kami yang dekat atas ni kena turun balik tanpa bagi tali putus. seksa jugak ah.next arahan faci letakkan belon ayaq atas kerusi tu pastu suruh kami jalan dekat satu point ni then patah balik.nampak macam senang kan.sumpah tak akak akak faci kacau.usaha gila takmau bagi belon pecah tapi semua pecah okayla.

macam biasala aktiviti yang direncanakan pasti ada maksud disebalik tu.

paling ana suka bila nyanyi lagu kem semangat yang hilang sumpah best siap dengan gaya tau. then malam last kami kat sana. sungguh ana kata ana tak pernah lagi pergi kem yang faci dia sweet. kalau depa rasa kami penat depa bagi mentos. a little thing called love. pastu depa bagi kek. yang paling best before tu suruh tulis surat dekat orang yang kita apa ah. baru buat kawan kat situ kot tak silap ana macam before this tak pernah jumpa pun.hahahahahaha jangan tanya ana bagi kat sapa. pastu depa tutup lampu suruh bagi kat orang tu. alahaiii habis la ana.ingat nak cancel ja tapi em em dah niatkan so bagi ja lah.hahahahha kk

sumpah esok tu nak balik rasa berat hati gila.selama tiga hari dekat kms rasa ukhwah dia tu lain macam. dalam tempoh yang singkat kami create memori banyak gila. dan paling penting ana dapat benda yang ana niatkan.ana dapat kawan baru.ana dapat pengalaman dengan ilmu.

ada dua benda yang ana tak boleh lupa.

1) dakwah itu tak memerlukan seseorang yang pakai kopiah atau songkok dan tudung labuh untuk berdakwah kerna dakwah itu MENGAJAK ORANG BUAT BAIK. sesiapa boleh berdakwah.ingat kopiah atau labuh tudung seseorang bukan pengukur tahap keimanan seseorang itu.
2) tidak akan hadir dua cinta dalam satu hati.
#KDMM6


 don give me mic guyss otherwise i cant let go it
complete yahannah

okay last from me.moga ukhwah kita terus qowiy



0 Comments:

Post a Comment


|