Home About friends Instagram Follow Dash

Le Owner

"
"cos of Allah we still alive in this world."

Memory



tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.
semester break!
Wednesday, November 29, 2017 • 8:06 AM • 1 comments



Assalamualaikum.

let me explain something sebab takut ada yang keliru dengan tak paham. before this i use 'ana' untuk refer kepada diri sendiri ala ana kan maksud saya dalam bahasa arab.kalau guna aku nampak tak sopan. dan untuk post kali ni ana pakai nama sendiri ((amani)) sebab post kali ni ada membe nama ana.

harap faham.

cuti sem pergi mana?
amani pergi penangggg.

asyik pergi penang ja takda tempat lain ka nak pi?
penang sumpah best lagipun kat situ amani ada ramai kawan kat sana pastu rindu kawan kawan kat sana.dah sekolah kat sana kan

so basically plan asal pergi penang sebab nak jumpa dengan geng wifi tester

wifi tester?
wifi tester tu nama group wasep. cah yang buat sebab ada satu haritu amani, ana dengan aina asyik test wifi dengan data dekat cah. dia bara la orang dok test test wifi kat dia then dia buat group bagi kami ada tempat nak test wifi.

so dalam group tu macam ni ja

test
test
test

kadang-kadang kami sembang jugak. kadang-kadang group tu la tempat luah.group tu la tempat nak maki pa semua.

okay then kami plan nak jumpa nak spend time tapi kami tak berduit sangat. senang cita kami pi mandi laut.

Day 1
kami berkumpul dekat komtar beli pizza siap siap. takkan nak mandi ja kan. dia macam acah picnic la lebih kurang. pizza tu pun kami beli asing sebab 8 ringgit ja. kan dah cakap tadi tak berduit sangat. lagipun aina ada prepare sandwich.

dari komtar naik bas rapid. cuba bayang kami nak mandi laut tapi tak tau nak mandi laut mana.masing-masing ada bayangan sendiri.gila la maksudnya kami naik bas pastu taktau nak stop kat mana. pastu dah sampai batu ferringhi pakcik rapid jerit kata dah sampai. kami turun ja la tanpa hala tuju. nasib nampak signboard jalan nak pi pantai.

tukar apa yang patut lepastu makannnn. sebab semua dah kebuluq. untung tau beli pizza asing-asing sebab kami order jenis yang berbeza so dapat rasa semua


sebenarnya masa kami sampai tu langit mendung ja. angin kuat.hmm kalau angin kuat ofc ombak pun kuat jugak. tapi kami tak kisah kami mandi jugak.ala tak mandi jauh jauh pun. masa kami syok syok mandi ramai dok offer depa punya banana boat la apa la. kami takmau pun sebab kena bawak keluar duit. pokai kan.

macam biasala.

mandi.makan.sembang.mandi balik.jalan sampai hujung semata-mata nak tangkap gambar.mandi lagi.


dari kiri.
cah.aina.amani.ana.



okay lepas puas mandi so nak balik la apagi. lagipun hari mendung kan takut hujan kami bukan tidoq sana pun. for sure la bila pi ja tempat tempat macam ni nak masuk toilet pun rasa mahal ja. amani dah kata mandi kat masjid. taknak nak mandi dekat situ jugak. kena sekali 3 ringgit sorang. mahal ah tu 3 riggit mandi ja kot banding kalau mandi kat masjid free. hah mana better

so tips kalau mandi laut prepare air nak bilas badan semua. bilas sikit sikit buang pasir cukup ah. pastu kalau nak masuk toilet nak mandi jugak tak payah la buat macam mandi kat rumah sebab ramai lagi yang nak mandi. basuh sikit sikit sudah ah nak lebih lebih mandi kat rumah.

lepastu masa nak balik tu semua dah penat. depa semua ni orang balik pulau. kami dah penat pastu macam tak sanggup naik turun rapid then call grab ja la. time ni la paling bara. call la uber pastu dapat sorang uncle ni cakap nak pi balik pulau pastu dia mai then dia cakap dia tak boleh hantaq pi balik pulau.((macam tu la lebih kurang)) sebab dia kata jalan pi balik pulau tutup. membe apa lagi bara la sebab depa baru guna kot jalan tu. 

senang cita cancel call grab lain. dapat driver perempuan.

kami salah letak location tapi akak tu tak marah pun dia okay pastu dia sanggup hantar kami pi balik pulau.yeayy

yang paling syok bila dia punya loghat power bhai. cah yang tadi dok bara pasal uncle tadi lega lepas dengar kak tu cakap. rasa syok do sembang dengan kak ni. amani bila sembang hmm yang mana kenal tau la macam mana tak boleh stop.

alhamdulillah kami selamat sampai.

Day 2
i am referring myself by using "ana" back.

hari kedua hari untuk makan-makan.sumpah haritu memang habis duit sakan dekat makanan ja.biasala perempuan. harini ana keluar dengan anis dan pah. kami jumpa dekat sekolah.yeayy.ana memang rindu sekolah pun.ana sukaaa pergi sekolah.

rindu sekolah sebab banyak memori dekat situ dan view yang takkan ada kat tempat lain.

pastu kami pi paragon makan chocolate dekat salon du chocolat


makan ni share tiga orang sebab ana dengan anis first time try benda ni dan kami bukan penggemar chocolate pon. kami tak suka sangat benda benda yang manis ni. sebab kami dah manis.HAHAHAHAHAHA. jujur ana katakan mahal kot so better share dan lagipun kami tak tau nak order apa.ingat cukup makan ni ja.

memang tak ah. lepas tu kami pi gurney plaza nak cari benda lain nak makan. 

nak makan apa? dekat mana?
 serious talk soalan ni memang payah gila nak jawab.dari paragon sampai gurney plaza dok bincang nak makan apa.hahahahha

last last makan sushi king. the end.

lepas habis makan-makan pi sekolah balik hantar anis dengan pah. then curi masa pi naik tingkat atas. sungguh ana rindu view sekolah.

kalau orang yang bercinta mesti tangkap gambar banyak dengan pasangan pastu spend time masa sama-sama dan kalau boleh taknak pisahkan?

macam tu la ana bila sampai atas ni. ana taknak balik.ana tak nak pergi mana-mana. even time ni anis suruh cepat pi mana tak ingat. ana tangkap gambar puas-puas sebab nak jadi pengubat rindu kat matrik nanti.


kalau hampa mai sini pun hampa rasa tenang. ciptaan tuhan kan? 

rindu sangat sebab bila tengok view ni terubat sikit rasa stress tu. 
duduk sorang-sorang dekat tingkat 8.tutup mata. tarik nafas. sumpah lega.angin dia sumpah best.
dekat situ la tempat menghafal. ana ingat lagi nak hafal cepat naik ja atas tu sorang-sorang pastu hafal.




dah tengok view dekat atas ni ana kasi view dekat bawah pulak. ni taman herba yang diberi nama "YAHANNAH".

fyi anis dengan pah ni classmate ana dulu. ana dah ajak satu kelas tapi depa dua ja yang jadi keluar sekali. ana faham dan ana tak kisah pun sebab ana tau yang hakikat lepas habis spm ni memang susah nak gather balik. masing-masing dah ada haluan masing-masing.

terima kasih anis dengan pah sebab sudi spend time together. serious talk ana rindu gila dengan lawak kasaq hampa. 

so untuk adik-adik yang still sekolah atau yang baru habis spm sedarla yang antunna semua tak boleh dah macam dulu dengan kawan-kawan antunna semua. hargailah masa yang ada sekarang. jangan gaduh-gaduh dengan kawan-kawan antunna tau. nanti menyesal tak create moment banyak time sekolah.

Day 3
hari terakhir ana dekat penang. buat apa duduk lama-lama duit pun nak habis kan.

last tu ana keluar dengan junior ana.  dah macam kawan dah dan dia la punching bag tempat tumbuk tendang tengking semua dia la. dia sorang ja sanggup teman ana naik turun tangga dari ground floor sampai tingkat 8. 

lagipun dia adik naqibah ana dan dalam banyak ahli usrah yang lain yang ni ja yang melekat dengan ana pun. muka dia la time usrah pastu muka dia jugakla time taekwondo pun.

tapi dia pun sama jugak dengan orang lain. 

"kak am ni bila nak habis tak tau"
"meluat la dengan kak am ni"

last last wasep ana suruh datang sekolah selalu. rindu nak jumpa apa la.
dah kata jangan benci sangat kang rindu.

kami tak pi mana pun lepak dekat subway ja.

maka dengan ini tamatla percutian ana selama 3 hari 2 malam yang tak dirancang. untuk yang lain nanti kita jumpa lain okay. tapi ana dah penat pi sana. nanti hampa mai la taiping pulak lawat ana dekat sini. 

last-last

ana pergi penang sorang-sorang. naik feri, bas, ets semua sorang-sorang.

kenapa berani sangat?

yakin dengan tuhan yang sentiasa menjaga kita.banyakkan doa dengan selawat.


nanti ana bagitau lain. so sampai sini saja. yang mana terasa atau tersilap kata atau tertypo mana-mana harap faham la.




1 Comments:

Blogger Raydah said...

saloon du chocolat sedapppppppp

hi jom join n meriahkan GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

December 1, 2017 at 7:43 AM  

Post a Comment


|